Wednesday 9 May 2012

Apakah Jelajah Destini Anak Bangsa 1Malaysia?




Gerakan Destini Anak Bangsa (GDAB) iaitu sebuah badan bukan kerajaan (NGO) dengan kerjasama Universiti Teknologi MARA (UiTM) akan menganjurkan satu siri jelajah ”Jelajah Destini Anak Bangsa 1Malaysia” ke seluruh Malaysia sepanjang bulan ini.


Program yang dinaungi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu bertujuan menterjemahkan aspirasi beliau dalam membantu rakyat yang kurang berkemampuan.


klik untuk lebih jelas

Ia juga bertujuan membantu anak-anak golongan kurang berkemampuan di luar bandar, pedalaman dan miskin bandar untuk menyambung dan melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi.


Sebelum ini program ”Jelajah Destini Anak Bangsa 1Malaysia” fasa pertama telah dirasmikan oleh Perdana Menteri yang turut melepaskan konvoi kenderaan di Dewan Sri Budiman, UiTM di sini pada 8 Julai tahun lepas.


sumber: Jelajah Destini Anak Bangsa blog

0 comments: